Ha..ha..!
Believe the mental block era is already over, let me share a piece of what I wrote about (shortened version). Read the rest of the article when it is released…
—Quote—
Menuai Hasil dari Murtabak Raja
Ali Imran Mohd Noordin
KUALA LUMPUR, XX Nov – Pernah makan Murtabak Raja? Ianya tidak asing
lagi bagi warga Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu, di mana ia
menjadi kegemaran masyarakat pelbagai lapisan umur.
Trend yang menyaksikan ramai warga Pantai Timur sudah berhijrah ke kota-kota
besar hari ini menghadkan peluang mereka daripada menikmati makanan ini,
menjadikan ia santapan hanya sesekali apabila pulang ke kampung sahaja.
Menyedari hal ini, Mohd Wahyu Affandy Zainuddin, 29, merasa terpanggil untuk
melakukan sesuatu untuk memenuhi permintaan terhadap permintaan makanan ini.
‘CINTA PANDANG PERTAMA’
Segalanya bermula pada akhir 2008. Wahyu yang mengusahakan perniagaan kedai
runcit ketika itu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk terlibat
dalam perniagaan murtabak.
“Asalnya saya tidak sukakan murtabak. Tetapi selepas mencuba sejenis Murtabak
Raja sejuk beku beberapa tahun lepas, tiba-tiba rasa sedap pula,” katanya sambil
mengenangkan peristiwa yang mengubah hidupnya kini.
TINGGAL KEDAI UNTUK MURTABAK
Ketika mendapat tawaran menyertai ‘Program Eksekutif Peruncitan MARA-OUM’ pada
2007, beliau yang berkelulusan Ijazah Pengurusan Sukan turut mendapat tawaran
kerja daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di samping sedang bekerja
di sebuah syarikat minyak dan gas (oil and gas) tempatan.
Kedai ini turut mendapat sentuhan hipermarket terkenal, Mydin melalui Pengarah
Eksekutifnya, Datuk Ameer Ali turut bekerjasama dengan MARA dalam program di
atas.
“Walaupun kedai runcit memberi pulangan yang baik, jiwa saya sudah meminati
industri makanan dan minuman (food and baverages). Jadi saya membuat keputusan
untuk fokus dalam bidang ini,” tambahnya.
2010 YANG CEMERLANG
Tahun 2010 mencatatkan pelbagai sejarah buat MWA Enterprise. Satu daripadanya
ialah apabila produknya digunakan dalam penerbangan ke tanah suci buat jemaah
haji kelolaan Tabung Haji.
Di samping itu, murtabaknya dinobatkan sebagai johan kategori murtabak sejuk
beku di Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show
(MAHA) 2010.
Tahun yang sama juga menyaksikan Murtabak Raja menjadi menu penerbangan Malaysia
Airlines (MAS) melalui kerjasama MWE Enterprise dengan LSG Sky Chefs – Brahims
Sdn. Bhd.
Terbaru, produknya turut menarik minat Yayasan Usahawan Terengganu untuk
dipamerkan di ‘Dubai Trade Exhibition’ pada bulan Mac tahun ini (2011).
MENGORAK LANGKAH PANJANG
Percaya dengan potensi produk ini, Wahyu tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
Daripada menjadi agen, beliau membuat keputusan untuk membuka kilang Murtabak
Rajanya sendiri.
Selain kos membuka kilang, Wahyu juga melabur sebanyak RM 100,000 dalam bidang
R&D untuk memastikan produknya mencapai kualiti dan kehendak pasaran.
Belum pun setahun kilang tersebut beroperasi, beliau telah merencana pembukaan
kilang baru yang lebih besar di Marang. Kilang baru ini dijangka dapat
mengeluarkan 45,000 keping murtabak sehari di samping pengeluaran sedia ada.
FRANCAIS ATAS PERMINTAAN
“Pada awalnya saya mahu fokus 100% kepada segmen sejuk beku. Tetapi permintaan
yang menggalakkan, sehingga ada yang datang mengetuk pintu kilang untuk membeli
memberi saya semangat berjinak-jinak dalam bidang francais pula,” katanya.
Dalam masa 6 bulan sahaja, lebih 19 kiosk francais menggunakan jenamanya telah
dibuka di bandar-bandar penting di Terengganu. Turut tidak ketinggalan,
pelbagai negeri lain seperti Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor.
Kiosknya juga telah mendapat tempat di hipermarket seperti Mydin dan Giant serta
pelbagai lokasi strategik. Sehingga kini pihaknya menyediakan 3 pakej francais
agar dapat disesuaikan dengan keperluan franchaisee yang berbeza-beza.
LETAK, TINGGAL, TUAI
Terbaru, Wahyu memperkenalkan konsep ‘Letak, Tinggal dan Tuai’ khusus buat
mereka yang berminat dengan bisnes secara francais sebagai pendapatan sampingan,
di samping komitmen kerja sedia ada.
Hanya dengan bermodalkan RM 2000, franchaisee dijangka boleh menghasilkan jualan
antara RM 800 ke RM 1500 sebulan, berdasarkan jualan sebanyak 50 ke 100 keping
murtabak sehari.
“Elemen ‘letak’ bermaksud franchaisee boleh meletakkan murtabak dalam rak peraga
untuk dijual di kedai-kedai tumpangan. ‘Tinggal’ berfungsi apabila pelanggan
sendiri mengambil murtabak dari rak peraga dan membayar kepada tuan kedai. Hasil
jualan boleh di’tuai’ di akhir hari dari tuan kedai,”
“Ia sama seperti konsep penjual kuih yang meletak barang jualan di
restoran-restoran di waktu pagi dan mengutip hasil jualan di petang hari,” kata
Wahyu.
Kunci kepada konsep ini ialah penggunaan rak pemanas yang direka khas,
membolehkan murtabak dapat dimasak tanpa perlu digoreng. Ia juga bertindak
sebagai rak peraga untuk diletakkan kedai-kedai tumpangan.
PINTU SENTIASA TERBUKA
Kepada pihak-pihak yang berminat untuk menjadi pengedar atau menjalankan
francais Murtabak Raja WM bolehlah menghubungi beliau di talian 09-61799299 atau
016-9809299 atau email wahyuaffandy@yahoo.com.
Informasi berkenaan produk ini juga boleh didapati di laman sosial Facebook di
www.facebook.com/MurtabakRajaWM.
—Unquote—
TG